Microsoft hari ini melalui
sebuah acara khas di Amerika Syarikat telah mengumumkan kemaskini kepada
keluarga sistem operasi Windows. Nama baru untuk sistem operasi mereka adalahWindows 10.
Windows
10 dilihat akan selari dengan pelbagai jenis peranti – daripada telefon pintar,
tablet, komputer riba, desktop dan sebagainya. Dengan Windows 10 juga, pihak
Microsoft akan memfokuskan kepada satu keluarga produk dibawah satu platform,
dan menggunakan satu kedai aplikasi yang sama. Menurut Microsoft, Windows
10 akan menyokong saiz skrin dari 4-inci sehinggalah 80-inci- dan akan turut
menggantikan Windows Phone selepas ini.
Windows
10 dilihat akan membawakan pelbagai perubahan baru jikalau dibandingkan dengan
Windows 8.1 sebelum ini. Antaranya termasuklah sokongan menu
Start yang
diintegrasikan dengan Live Tiles, lebih fokus terhadap pengguna desktop,
kebolehan menjalankan aplikasi ModernUI dengan tetingkapnya
tersendiri, serta sokongan desktop maya.
Selain
pengguna desktop, pihak Microsoft turut mengekalkan ciri-ciri mesra sentuh,
seperti sokongan Charm Bar, dan paparan saiz butang yang lebih besar untuk
pengguna skrin sentuh. Terdapat mod khusus yang berubah mengikut penggunaan
jenis peranti – sama ada menyokong skrin sentuh ataupun sebaliknya.
Pihak
Microsoft turut menekankan yang mana Windows 10 akan selari dengan pelbagai
perisian perusahaan tradisional, sekaligus memudahkan mereka untuk beralih ke
sistem operasi baru tanpa risau akan ketidak-serasian.
Windows
10 akan dilancarkan secara rasminya pada tahun 2015 kelak, dan pihak Microsoft dijangka
akan berkongsi lebih banyak mengenai aplikasi universal untuk pelbagai saiz
peranti pada bulan April tahun hadapan.
0 komentar:
Posting Komentar